mutakhir

5 gerai jual kelapa bakar hangus

Oleh Junaidi Ladjana

LIMA gerai menjual kelapa bakar di Jalan Sulaman KKIP berhampiran Kampung Salut, Kota Kinabalu musnah terbakar, hari ini.

Dalam kejadian 2.40 pagi itu, kelima-lima gerai itu musnah sepenuhnya dan tiada kemalangan jiwa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.46 pagi, 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, operasi memadan api dilakukan dan pada 3.30 pagi api berjaya dikawal daripada merebak ke gerai berdekatan.

“Hasil pemeriksaan mendapatikebakaran memusnahkan lima gerai kelapa bakar,” katanya di Kota Kinabalu, hari ini.

Menurutnya, punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat pad 6.05 pagi,” katanya.

Disiarkan pada: May 11, 2019 @ 10:35am
d