mutakhir

Cari pasai la hang

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

TINDAKAN lelaki, 50, memandu dalam keadaan mabuk mengundang padah apabila ditahan dalam Operasi Mabuk di Jalan Putra, Alor Setar malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kota Setar menjalankan operasi itu bermula 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi.

Menurutnya, ketika operasi seorang lelaki yang memandu kereta dalam keadaan mencurigakan ditahan untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan dan ujian pernafasan yang dijalankan ke atasnya mendapati dia di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had ditetapkan.

“Pemandu itu ditahan dan dibawa pulang ke Balai Polis Trafik Kota Setar untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 45 A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rozi berkata, tangkapan itu bukanlah kes baharu dan pengguna jalan raya dinasihati tidak mengambil jalan mudah dengan memandu di bawah pengaruh alkohol kerana boleh membahayakan pengguna jalan raya lain selain menyebabkan kemalangan jiwa.

Disiarkan pada: May 11, 2019 @ 11:18am
d