mutakhir

Kilang plastik musnah dalam kebakaran

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

KILANG membuat barangan plastik musnah dalam kebakaran di Jalan Perusahaan Kiri, Kuala Lumpur hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.34 malam.

Beliau berkata, 63 anggota dengan 11 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, Wangsa Maju serta Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bertindak pantas dengan memastikan api tidak merebak ke kilang dan bangunan lain selepas tiba di lokasi kebakaran 7.40 malam.

“Api berjaya dikawal pada 10.32 malam ini,” katanya ketika dihubungi.

Nordin berkata, kejadian berkenaan tidak membabitkan kemalangan jiwa kerana tiada pekerja ketika kejadian.

“Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat," katanya.

Disiarkan pada: May 13, 2019 @ 11:42pm
d