mutakhir

Maut rempuh lori

Oleh Nor Farhani Che Ad

PEKERJA kilang maut selepas motosikal ditungganginya merempuh lori di Kilometer 70.5, Jalan Alor Setar-Butterworth di Sungai Petani, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner, Adzli Abu Shah berkata, dalam kejadian 12.10 tengah hari itu, mangsa Abdul Aziz Mohd Sobri, 25, meninggal dunia akibat parah di muka dan kepala.

“Siasatan awal mendapati lori terbabit yang datang dari lorong rumah kedai di Taman Setia Budi, Tikam Batu sedang membelok ke kanan untuk ke arah Butterworth, manakala motosikal ditunggangi mangsa dari arah Butterworth menghala ke Sungai Petani.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa yang berada di jalan utama dipercayai tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian pintu sebelah kanan lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Disiarkan pada: May 14, 2019 @ 6:54pm
d