mutakhir

Guna gari 'tarik' lelaki hidung belang

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

SINDIKET pelacuran kini dikesan menggunakan gari bagi menarik minat pelanggan untuk mencuba seks ganas yang ditawarkan.

Perkara itu terbongkar susulan serbuan dijalankan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di premis di Jalan Puchong, dekat Serdang, malam tadi.

Difahamkan, gari berkenaan digunakan ketika melakukan seks bersama pelanggan.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Syukor berkata, serbuan bermula pada 11.30 malam itu berjaya menahan tujuh wanita Vietnam yang menawarkan khidmat seks.

“Siasatan mendapati pelanggan perlu membayar RM160 untuk sekali perkhidmatan dan melakukan seks di bilik yang disediakan.

“Premis terbabit hanya memilih pelanggan terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk dipercayai bagi mengelakkan diserbu pihak berkuasa,” katanya.

Azmi berkata, premis terbabit didapati berselindung di sebalik pusat refleksologi dan beroperasi di tingkat atas bagi mengelakkan dikesan.

“Hasil serbuan berkenaan, polis berjaya merampas tujuh kotak kondom, sebotol gel pelincir, satu telefon pintar dan wang tunai RM800.

“Semua wanita warga asing terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk proses dokumentasi,” katanya.

Katanya, wanita berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen, Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 6(1) Peraturan Imigresen dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: May 15, 2019 @ 8:35am
d