mutakhir

RM100,000 milik siapa?

Oleh Vivo Malaysia

KUALA LUMPUR: Rakam dan menang lebih daripada RM100,000. Itulah tawaran syarikat pengeluaran telefon pintar, Vivo menerusi peraduan “Vivo V15Pro Top Influencer – 32MP Perfect Selfie” bermula awal bulan ini.

Menerusi kerjasama dengan telefon pintar siri V15, peraduan bermula 6 Mei lalu dan berakhir 24 Mei ini dengan 30 peserta terbaik akan diumumkan pada 25 dan 26 Mei.

Lima peserta terbaik daripada 30 keseluruhan pula akan dipilih berdasarkan berapa banyak gambar swafoto yang disukai pengguna sosial.

Bagaimana anda mahu menyertainya? Caranya mudah, anda perlu menekan butang ‘like’ Facebook rasmi Vivo Malaysia https://www.facebook.com/VivoMalaysia. Kemudiannya, anda perlu merakam swafoto menggunakan sebarang telefon pintar.

Gambar swafoto itu kemudiannya perlu dimuat naik dalam Facebook atau Instagram peribadi yang diletakkan sebagai tetapan umum dengan meletakkan tanda pagar #vivoMalaysia #V15 #V15Pro #32MP #WorldFirstElevatingFrontCamera #V15ProTopInfluencer & Caption “vivo V15Pro Top Influencer - 32MP Perfect Selfie”.

Langkah seterusnya, anda perlu berkongsi gambar swafoto di bahagian ulasan dekat ruang pertandingan iaitu https://www.facebook.com/VivoMalaysia/posts/1327997287361127).

Vivo Malaysia akan memuat naik semua gambar swafoto peserta yang dimasukkan dalam album khas peserta pertandingan dan orang ramai boleh mengundi gambar kegemaran hanya dengan menekan butang ‘like’.

30 peserta swafoto terbaik akan dipilih berdasarkan ranking tanda pagar dan undian diperoleh dalam album pertandingan.

Semua maklumat akan dimuat naik dalam Facebook rasmi Vivo Malaysia termasuk peserta lima teratas sekali gus memberi peluang kepada anda memenangi lebih RM100,000.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi https://www.facebook.com/VivoMalaysia manakala pautan http://tiny.cc/lsh95y untuk peserta mengetahui terma dan syarat pertandingan.

Disiarkan pada: May 16, 2019 @ 4:01pm
d