mutakhir

[UPDATE] Polis siasat dakwaan cabul, aib

Oleh Norizuan Shamsuddin

POLIS Selangor membuka kertas siasatan berhubung dakwaan bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Sungai Siput yang mendakwa dicabul dan diaibkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, wanita itu yang berusia 47 tahun, membuat laporan pada Khamis lalu.

“Dalam laporannya, dia mendakwa dia dicabul dan diaibkan oleh Ahli Parlimen Sungai Siput (S Kesavan) dengan kejadian berlaku beberapa kali sejak Disember 2018.

“Susulan itu, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 509 akta sama kerana perbuatan mengaibkan kehormatan.

“Beberapa saksi juga dipanggil sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan, hari ini.

Terdahulu, Kesavan mengeluarkan kenyataan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa berkenaan kes itu dan mendakwa wanita berkenaan mempunyai agenda tertentu termasuk mengganggu rumah tangganya.

Berita berkaitan:

  • 'Saya sedia disiasat, kemukakan bukti'
  • Disiarkan pada: May 18, 2019 @ 5:02pm
    d