mutakhir

Pembelian emas terus dari pengilang jauh lebih murah

Oleh MS Jewels

KUALA LUMPUR: Set perhiasan diri seperti cincin, gelang tangan, rantai leher dan anting-anting antara aksesori pelengkap untuk menambah seri serta keanggunan kaum hawa.

Selain hari biasa, ramai wanita memakainya pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri untuk tampil lebih menarik dan anggun digayakan bersama busana indah.

Apatah lagi aksesori pelengkap penampilan ini bukan sesuatu yang baru dalam bidang fesyen mahupun kecantikan kerana ia sudah lama dipakai sejak zaman nenek moyang kita lagi.

Mahu tambah koleksi untuk digayakan di Aidilfitri ini? Tidak perlu susah bersesak di kedai kerana jenama barangan kemas terkemuka di Malaysia, MS Jewels beroperasi sepenuhnya menerusi dalam talian www.msjewels.com.my

Pelbagai rekaan cantik dan seni pembuatan berkualiti tinggi daripada barisan perekanya menanti untuk disambar.

Bukan hanya mudah malah murah pula. Nikmati harga lebih rendah RM20+++ bagi setiap gram untuk emas 916 berbanding peruncit lain setanding dengan mutu kerja dihasilkan.

MS Jewels mampu menawarkan harga emas yang padu dan kos mutu kerja jauh lebih murah melalui cara ini kerana ia menjual kemudahan dalam talian terus dari pengilang emas kepada pengguna.

Selain itu, menerusi pengilangnya, MS Gold Crafts yang ditubuhkan sejak 25 tahun lalu, MS Jewels berupaya menawarkan seleksi emas pada harga berpatutan walaupun beroperasi 100 peratus dalam talian.

Ini berlainan dengan peruncit lain yang perlu menandakan margin mereka untuk mengekalkan kos operasi dari segi pemasaran, sewa kedai, inventori dan sebagainya.

Layari www.msjewels.com.my dan juga FB @msjewelsboutique (MS Jewels) untuk membeli barangan kemas pilihan anda atau mengetahui maklumat lanjut mengenai MS Jewels.

Disiarkan pada: May 20, 2019 @ 2:00pm
d