mutakhir

Dijemput ajal sebelum berbuka

Oleh Zuliaty Zulkiffli

PENUNGGANG maut selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah lagi motosikal di Kilometer 12.4 Lebuhraya Utara Selatan, di Jitra, semalam.

Dalam kejadian 6.20 petang itu, mangsa, Ahmad Farhan Bi, 27, yang menetap di Changlun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari arah sama menghala ke Changlun.

Beliau berkata, bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian motosikal mangsa bergesel dengan sebuah lagi motosikal.

“Penunggang yang bergesel dengan mangsa kemudian membuat laporan polis untuk memaklumkan kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan di Jitra, hari ini.

Mohd Ismail berkata, mayat dihantar ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu katanya, polis sedang mengesan saksi kejadian untuk membantu siasatan dan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk siasatan lanjut.

Disiarkan pada: May 21, 2019 @ 8:39am
d