mutakhir

Hang cari pasai la...

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

TINDAKAN lelaki berusia 50 tahun memandu dalam keadaan mabuk mengundang padah apabila dia ditahan dalam Operasi Mabuk di Jalan Sultanah Bahiyah, Alor Setar malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, operasi dari jam 11 malam hingga 4 pagi ini dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar membabitkan seorang pegawai, lima anggota trafik serta enam anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM).

Menurutnya, dalam operasi itu, pihaknya menahan lelaki terbabit selepas memandu kereta dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil ujian pernafasan menunjukkan dia positif alkohol yang melebihi had ditetapkan.

“Pemandu terbabit kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Trafik Kota Setar untuk tindakan mengikut Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Rozi berkata, pengguna jalan raya dinasihati tidak mengambil jalan mudah dengan memandu di bawah pengaruh alkohol kerana boleh membahayakan pengguna jalan raya lain serta boleh menyebabkan kemalangan jiwa.

Disiarkan pada: May 22, 2019 @ 11:02am
d