mutakhir

SSCC pantau runtuhan terminal bas

Oleh Hidayatul Akmal Ahmad

SMART Selangor Command Centre (SSCC) akan terus memantau dan membuat tindakan susulan berhubung kejadian runtuhan Terminal Bas Bersepadu Gombak awal pagi, hari ini.

Menerusi satu kenyataan, SSCC sudah menerima maklumat mengenai kejadian runtuhan terminal bas itu yang berlaku pada 1.05 pagi.

“Punca runtuhan Terminal Bas Bersepadu Gombak masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Kesemua pekerja dan mangsa disahkan bukan warganegara.

“Dimaklumkan seorang mangsa masih terperangkap dalam kejadian runtuhan itu manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan dan di hantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Semua agensi respon masih berada di lokasi bagi kerja-kerja penyelamatan mangsa yang terperangkap.

Berita berkaitan

Dua cedera, satu hilang [METROTV]

Disiarkan pada: May 23, 2019 @ 11:17am
d