mutakhir

Keluarga arwah Jari terima bantuan raya

Oleh Poliana Ronnie Sidom

NASIB keluarga mangsa culik yang mati ditembak kumpulan penculik di selatan Filipina, awal April lalu mendapat perhatian isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Isteri arwah Jari Abdullah, Nadin Junianti Najiri, 25, serta tiga anak iaitu Jafran Abdullah yang berusia setahun, Jefriadin Najun, 5, dan Janneyanti, 7, antara yang menerima sumbangan Yayasan Nur Jauhar pada Majlis Penyampaian Sumbangan di Dewan Masyarakat Sandakan, di Sandakan, hari ini.

Nadin ketika ditemui berkata, bantuan wang dan barangan dapur diberikan yayasan itu amat bermakna buat mereka sekeluarga terutama dalam persiapan menyambut Aidilfitri.

“Saya akan gunakan wang ini untuk beli baju raya anak, seragam dan barang sekolah anak.

“Kami sangat berterima kasih kepada Toh Puan yang sudi beri sumbangan. Ia amat bermakna buat kami,” katanya.

Terdahulu, Norlidah yang juga Penasihat Yayasan Nur Jauhar menyampaikan bantuan kepada 76 ketua isi keluarga yang terbabit dalam kebakaran membabitkan 34 rumah atas air di Kampung Air, Batu Sapi, Mac lalu.

Yayasan Nur Jauhar yang dinaungi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ditubuhkan pada Januari 2012 bagi membantu dan meraikan golongan kurang bernasib baik di Sabah.

Sementara itu, mangsa kebakaran, Abidin Salman, 54, berkata, selain untuk persiapan menyambut Aidilfitri, bantuan itu akan digunakan untuk mendapatkan rawatan bagi tangannya yang masih sakit akibat melecur dalam kebakaran.

Bapa kepada lima anak itu berkata, mereka menerima pelbagai sumbangan termasuk daripada wakil rakyat, Yayasan Sabah selain beberapa pihak selepas kebakaran terbabit.

Berita berkaitan:

  • Anak masih tanya jika bapa balik raya
  • 'Itu ajalnya, kami relakan...'
  • Jenazah Jari diterbangkan pulang esok
  • 'Jenazah Jari dibawa pulang segera'
  • 'Anak cakap bapanya masih hidup'
  • Nelayan diculik meninggal
  • Ibu, isteri Jari Abdullah ke Zamboanga
  • Tebusan Abu Sayyaf lemas ketika larikan diri
  • Anak kerap panggil bapa
  • Semoga Jari cepat sembuh...
  • 'Tolong selamatkan suami saya'
  • Sah kena culik!
  • Bot ada, orang tiada...
  • Disiarkan pada: May 24, 2019 @ 1:14pm
    d