mutakhir

Raja Salman sumbang kurma

PEJABAT Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur hari ini telah mengadakan majlis sumbangan Kurma Hadiah Khaadimul Haramain Al-Syareefain, Penjaga Dua Tanah Suci di perkarangan pejabat mereka di Jalan U-Thant.

Kedutaan Arab Saudi, Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Robaian juga telah berkesempatan menerima kunjungan hormat dari Sohibussamahah Dato Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan yang turut menerima sumbangan kurma termasuk 450 buah mushaf Al-Quran sempena bulan Ramadhan Al-Mubaarak.

Selain pejabat Mufti Wilayah, kurma-kurma yang dihantar sebanyak 7 tan dari Riyadh ini diagihkan juga kepada Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri, beberapa pejabat mufti dan jabatan hal ehwal agama Islam, universiti-universiti, masjid dan surau, NGO-NGO Islam dan lain-lain.

Program seumpama ini diadakan setiap tahun dengan puluhan ribu kotak kurma dieksport dari Riyadh dan ditanggung kosnya oleh Raja Arab Saudi.

Disiarkan pada: May 24, 2019 @ 6:02pm
d