mutakhir

8 guni ketum dalam kereta

Oleh Zuliaty Zulkiffli

PASUKAN Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak merampas 240 kilogram daun ketum dalam kereta berhampiran kawasan Ops Wawasan Kedah/Perlis, kelmarin.

Dalam kejadian 8 malam itu, kereta dipandu seorang lelaki itu dikatakan dalam keadaan mencurigakan dan anggota PGA yang sedang melakukan rondaan menahan kereta itu lalu mengarahkan pemandu keluar untuk pemeriksaan lanjut.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 1 PGA, Deputi Superintendan Samad Abdullah berkata, bagaimanapun lelaki itu kemudian melarikan diri ke arah kawasan ladang berhampiran dan meninggalkan kereta bernombor pendaftaran Thailand itu.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta itu menemui lapan guni putih.

“Berikutan itu, satu laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Samad berkata, daun ketum yang dirampas bernilai RM36,000 manakala nilai kereta berkenaan adalah RM40,000.

Disiarkan pada: May 25, 2019 @ 9:55am
d