mutakhir

Maut lori rempuh pokok

Oleh Noorazura Abdul Rahman

LELAKI maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori buah-buahan yang terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Chepir, Tanjung Belit, Sik, hari ini.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.12 petang dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

“Maklumat awal mendapati terdapat empat mangsa terbabit dalam kemalangan itu dan seorangnya sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kematian mangsa disahkan oleh pihak hospital di lokasi kejadian.

“Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam lori Isuzu satu tan apabila seorang lelaki meninggal dunia dipercayai berusia 40-an manakala tiga lelaki parah berusia antara 30 hingga 40-an.” katanya.

Beliau berkata kes itu kemudian diserahkan kepada polis dan pihak hospital untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: May 26, 2019 @ 9:35pm
d