mutakhir

Rumah tiada penghuni terbakar

Oleh Mohd Sabran Md Sani

SEBUAH rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran di Jalan Rawa 8, Taman Perling di Johor Bahru, hari ini.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Rafie Sareng berkata, seramai 18 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.46 pagi.

Menurutnya, usaha memadamkan kebakaran turut menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan ‘water tender’.

“Maklumat kejadian membabitkan kebakaran sebuah rumah separuh kekal yang terbakar keseluruhan.

“Bagaimanapun, tiada penghuni ketika kejadian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Katanya, penghuni rumah terbabit juga masih belum ditemui oleh pegawai operasi bagi siasatan lanjut.

Disiarkan pada: May 27, 2019 @ 3:06pm
d