mutakhir

Konvoi agih juadah sahur

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

JASA dan pengorbanan anggota keselamatan dan wira tidak didendang seperti petugas hospital yang bertugas untuk masyarakat tidak pernah dilupakan ketika Ramadan.

Sehubungan itu kelab motosikal berkuasa tinggi, Manjung Bikers Club (MBC) tidak melepaskan untuk menghargai golongan itu dengan menganjurkan program Singgah Sahur MBC 2019 membabitkan beberapa agensi kerajaan di sekitar Manjung, semalam.

Program tahunan yang memasuki edisi kelima itu dilaksanakan di kawasan Lumut, Seri Manjung, Kampung Acheh, Pantai Remis, Beruas , Kampung Gurney , Ayer Tawar dan Sitiawan.

Presidennya, Osman Eksan berkata, program membabitkan 50 ahli kelab bersama keluarga berkonvoi dengan lebih 20 motosikal berkuasa tinggi.

“Usaha ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan dan petugas hospital yang bertugas demi rakyat serta keamanan negara.

“Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli kelab dan keluarga dengan anggota keselamatan, penyelamat dan petugas hospital di sekitar Manjung,” katanya ketika.

Menurutnya, MBC akan meneruskan dan memperbaiki program berkenaan pada masa akan datang.

Disiarkan pada: May 27, 2019 @ 8:21pm
d