mutakhir

TESCO RamRaya menemani anda

Oleh Tesco Malaysia

RAMADAN dan Syawal adalah bulan penantian umat Islam setiap tahun dan kehadirannya pasti menggamit memori indah yang jarang ditemui pada hari kebiasaan.

Keriangan dirasai sehari sebelum Ramadan apabila semua bertumpu di hadapan televisyen untuk mendengar pengumuman tarikh bermulanya puasa.

Bagi mengembalikan suasana Ramadan dan Hari Raya, Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) menerusi kempen Bulan Bermakna membawakan detik kemeriahan melalui kisah seharian dalam kehidupan umat Islam meraikan Ramadan dan Hari Raya (RamRaya) dengan tema Menemani Anda.

Pelbagai kelengkapan persiapan Ramadan dan Aidilfitri disediakan di bawah satu bumbung.

Ada antara kita tertanya-tanya apakah perancangan menyambut Ramadan dan Aidilfitri tahun ini?

1. Sentiasa menemani anda menyediakan juadah.

Saat paling indah bermula antara dua hingga tiga jam sebelum berbuka apabila masing-masing sibuk menyediakan hidangan.

Ahli keluarga bersama-sama menyiapkan masakan. Suasana di dapur pula riuh-rendah.

Kaum ibu sibuk mencari barang dapur untuk memasak juadah yang diingini setiap anak. Dalam fikiran mereka, sudah tahu apa yang hendak dimasak dan di mana barangan itu boleh dibeli. Sudah tentu di Tesco. Masakan lebih sempurna kerana semua barangan ada di sini.

2. Persiapan untuk menyambut Aidilfitri.

Sesibuk manapun, persiapan harus dilakukan untuk menyambut Aidilfitri.

Tapi, apa yang perlu dibuat? Yang pasti, ahli keluarga sibuk mengemas rumah, memasang langsir baru, menyusun perabot, memasang lampu kelip-kelip dan paling penting membeli baju raya.

Lebih meriah jika pelita dipasangkan pada malam tujuh likur dan rumah kelihatan bercahaya. Semuanya perlu dirancang tapi di mana hendak cari? Jangan bimbang, apa yang anda perlukan semuanya ada di Tesco.

3. Menjelang Hari Raya.

Saat inilah paling sibuk bagi seisi keluarga. Cukup meriah sampai ‘berperang’ menyiapkan kuih raya, kek, biskut dan sebagainya.

Pada masa ini juga, ada ahli keluarga menyiapkan buah tangan untuk dibawa ke kampung halaman.

Dalam keadaan ini, mungkin berasa runsing dari mana untuk mendapatkan semua ini. Tapi Tesco ada membantu anda untuk mendapatkan barangan buat ibu bapa tersayang atau ahli keluarga di kampung.

Sempena bulan mulia ini, Tesco mengambil kesempatan mengucapkan Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Disiarkan pada: May 30, 2019 @ 5:27pm
d