mutakhir

Dicekup tengah tunggu pelanggan

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

TOKAN dadah ditangkap atas kesalahan memiliki dadah di FELDA Lui Selatan di Jempol, semalam.

Lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai aktif mengedar dadah di kawasan tanah rancangan berkenaan ditahan polis di depan rumahnya, pada 1.05 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, berdasarkan maklumat dan intipan suspek ketika itu, dipercayai sedang menunggu penagih untuk mendapatkan bekalan.

“Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek bertindak melarikan diri sebelum berjaya diberkas.

“Pemeriksaan pada poket seluarnya menemui empat paket plastik dadah disyaki heroin seberat 16.70 gram yang dianggarkan bernilai RM600,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Muhd Nur Hishamuddin berkata, ujian saringan mendapati suspek positif morfin, malah suspek juga pernah menjalani hukuman buang daerah atas kesalahan dadah.

Katanya, suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 6 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dan 15 (1)(a) akta sama.

Disiarkan pada: May 31, 2019 @ 1:55pm
d