mutakhir

Warga kota mula balik kampung

Oleh Mohd Rizal Abdullah

WARGA kota mula bergerak pulang ke kampung sempena Aidilfitri berikutan trafik mulai sesak di beberapa kawasan.

Antaranya di Kilometer 28.71 Jalan Duta dan Kilometer 17.95 Jalan Damansara yang menunjukkan peningkatan trafik sejak 5 petang tadi.

Difahamkan, orang ramai mengambil peluang untuk pulang awal bagi mengelak kesesakan lebih teruk menjelang beberapa hari lagi.

Rakaman video secara langsung menerusi aplikasi PLUSMiles menunjukkan trafik perlahan di Kilometer 444.9 Rawang.

Sebelum ini, PLUS menjangkakan dua juta kenderaan menggunakan lebuh raya PLUS menjelang perayaan iaitu peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding 1.7 juta pada hari-hari biasa.

Bagaimanapun, PLUS sudah mengambil pelbagai langkah antaranya dengan menyediakan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan pengguna lebuh raya

Ia juga sebagai langkah mengelak pengguna lebuh raya ‘bertembung’ pada waktu tertentu sekali gus mengakibatkan kesesakan lebih teruk.

Mengikut TTA, pengguna dari Lembah Klang menuju ke utara negeri dan Johor dinasihatkan keluar sebelum 10 pagi dan bagi negeri lain dinasihatkan selepas 10 pagi.

Disiarkan pada: May 31, 2019 @ 8:33pm
d