mutakhir

HM hargai petugas KLIA [METROTV]

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

LEBIH 1,500 kakitangan, krew penerbangan dan agensi keselamatan bertugas di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) menerima sumbangan Kotak Rezeki Harian Metro, hari ini.

Turut serta pada program agihan berkenaan termasuk Ketua Promosi dan Komunikasi Pemasaran Affin Islamic Bank Bhd, Norazlinda Mohd Fadzil; Pengarang Eksekutif Komersial Harian Metro (HM), Husin Jahit dan Pengurus Kanan Operasi Malaysia Airport Holding Bhd, Zulkifli Sidek.

Kotak Rezeki Harian Metro mengandungi kurma, kek Chiffon, air kotak, air mineral, Double Lion Cordial dan Biskut Julie’s Love Letter.

Norazlinda berkata, sumbangan Kotak Rezeki Harian Metro yang diedarkan petang ini adalah penghargaan buat petugas dan kakitangan agensi keselamatan yang bertugas di lapangan terbang terbabit.

“Ini adalah sumbangan kami bersama rakan penaja lain bagi menghargai jasa dan peranan dimainkan anggota pasukan keselamatan.

“Saya difahamkan, ada sembilan agensi dan pasukan keselamatan yang bertugas 24 jam di lapangan terbang ini khususnya bagi mengendalikan pergerakan penumpang dari dalam dan luar negara,” katanya.

Sementara itu, Polis Bantuan KLIA, Rasyidah Mohamad berkata, dia menghargai agihan Kotak Rezeki Harian Metro kepada petugas dan kakitangan KLIA khususnya yang bertugas syif.

“Terima kasih atas sumbangan ini. Sumbangan ini membuatkan kami rasa dihargai,” katanya.

Dalam pada itu, petugas kaunter pertanyaaan KLIA, Nur Aidathur Aqma Abdul Majid berkata, dia berterima kasih di atas sumbangan diberikan selain pembakar semangat untuk melakukan tugas khususnya pada musim perayaan ini.

“Terima kasih kerana prihatin dengan tanggungjawab kami,” katanya.

Disiarkan pada: May 31, 2019 @ 9:23pm
d