mutakhir

Lelaki ditemukan mati selepas tiga hari hilang

Oleh Mohd Roji Kawi

LELAKI Penan yang dilaporkan hilang ketika memasang jerat di hutan Bakong, Miri tiga hari lalu, ditemui meninggal dunia hari ini.

Mayat Dian Koking, 56, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di hulu Sungai Kelijet, pada 2.38 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi hari ini bermula 9.30 pagi membabitkan lebih 50 orang terdiri daripada anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

“Pencarian dilakukan dalam radius tiga kilometer dari pusat kawalan bomba sehingga mangsa ditemui petang tadi,” katanya.

Operasi SAR diaktifkan sebaik laporan kehilangan Dian diterima pada 3.30 petang, Khamis lalu.

Disiarkan pada: June 1, 2019 @ 8:52pm
d