mutakhir

Warga Jordan disyaki ugut isteri ditahan

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

SUSPEK warga Jordan yang mengugut bunuh isteri dan mendera anaknya ditahan polis di hotel di Bandar Leila, Sandakan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, suspek lelaki berusia 43 tahun itu diberkas hasil maklumat disalurkan orang ramai, pada jam 3.45 pagi .

“Polis turut menemui tiga anak suspek berusia empat hingga 13 tahun dalam keadaan baik.

“Suspek kemudiannya di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nasri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Semalam, polis sedang mengesan lelaki warga Jordan selepas isterinya membuat laporan pada 30 Mei lalu, diugut bunuh dan lelaki terbabit juga disyaki mendera anak lelaki mereka berusia lapan tahun.

1. Suspek (tiga kanan) ditahan di sebuah hotel di Jalan Leila, berdekatan Bandar Leila, Sandakan.

tamat

From: junaidi

Disiarkan pada: June 1, 2019 @ 10:33pm
d