mutakhir

KPN nafi Jho Low ditahan di China

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low ditahan pihak berkuasa China.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan ringkas berkata, mesej yang tular serta dikongsi menerusi aplikasi Whatsapp mendakwa kerajaan sedang memindahkan Jho Low dari China menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu tidak benar.

"Susulan mesej yang tular serta dikongsi ramai pihak, PDRM sudah membuat semakan bagi memastikan kesahihannya dan tiada apa-apa untuk disahkan.

"Mesej yang tersebar itu adalah tidak benar," katanya.

Hari ini, tular mesej menerusi aplikasi WhatsApp kononnya Jho Low sudah ditahan di China oljhoeh pihak berkuasa negara itu dan akan dibawa pulang oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Mesej itu turut menyebut kononnya penahanan Jho Low itu disebabkan oleh urus janji antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan syarikat pengeluar peralatan telekomunikasi Huawei dan ia ia adalah sulit buat masa ini.

Disiarkan pada: June 1, 2019 @ 11:33pm
d