mutakhir

Insiden lama oleh PBT lain

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan video tular membabitkan penguat kuasa memukul peniaga di sebuah Bazar Ramadan dilakukan pihaknya.

Sebaliknya, menurut DBKL insiden itu berlaku tahun lalu dan membabitkan penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain.

DBKL dalam laman Facebook rasminya berkata, video yang ditularkan itu adalah insiden lama iaitu tahun lalu dan ia bukan tindakan DBKL.

“Tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan PBT lain. DBKL kesal dengan penularan semula video berkenaan yang cuba mengaitkan insiden itu dengan pihak berkuasa ini,” katanya.

Katanya, motif video berkenaan dimuat naik kurang difahami tetapi ia mempunyai unsur tidak baik.

“Tindakan individu yang memuat naik semula video itu adalah tidak bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu, beberapa video berdurasi dua minit 51 saat itu memaparkan kekecohan antara peniaga dan anggota penguat kuasa PBT.

Video berkenaan turut memaparkan peniaga terbabit dipukul anggota penguat kuasa.

Disiarkan pada: June 2, 2019 @ 4:21pm
d