mutakhir

Petrol percuma untuk penunggang motosikal

Oleh BERNAMA

PENUNGGANG motosikal di sekitar ibu kota boleh mengisi petrol secara percuma di Stesen Minyak Caltex, Batu 8 Jalan Kepong, Kuala Lumpur bermula 12 tengah hari hingga 4 petang, hari ini.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dalam kenyataan berkata, ‘Program Isi Petrol Percuma Sempena Aidilfitri’ itu diadakan dengan kerjasama Parti Amanah Negara (AMANAH) Kepong, dalam usaha menghargai penduduk di kawasan itu meraikan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Sementara itu, Ketua Penaja AMANAH Kepong Datuk Mohd Noor Ali Bakar berkata, pengisian petrol percuma itu tertakluk kepada motosikal di bawah 150 cc sahaja.

“Tumpuan utama program ini kepada golongan B40 sebagai tanda terima kasih menjadi masyarakat Kepong dan kita berharap pemberian minyak petrol ini dapat meringankan beban mereka dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Syawal,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Noor berkata, program itu adalah kesinambungan daripada kejayaan program pengisian petrol percuma yang diberikan kepada hampir 300 penghantar makanan bermotosikal bulan lalu.

Disiarkan pada: June 3, 2019 @ 8:49am
d