mutakhir

Mayat doktor pakar ditemui

Oleh Garret Dawum

MAYAT lelaki dipercayai doktor pakar ditemui terapung di Sungai Sarawak berhampiran Tebingan Kuching, hari ini.

Lelaki berusia 30-an itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berhampiran sekitar 6 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.

Sumber berkata, ketika ditemui mayat dalam keadaan reput dan dipercayai sudah beberapa hari hanyut di sungai.

“Identiti mangsa belum dapat disahkan sehingga laporan forensik diperoleh, namun mangsa dipercayai meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemui.

“Difahamkan laporan kehilangan ada dibuat pada 3 Jun lalu berkemungkinan oleh keluarga mangsa,” katanya kepada Harian Metro.

Mayat mangsa sudah dialihkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat serta sudah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Disiarkan pada: June 5, 2019 @ 1:12pm
d