mutakhir

Lemas ketika selamatkan saudara

Oleh Mary Victoria Dass

LELAKI lemas ketika menyelamatkan dua saudaranya yang mandi di Pantai Tanjung Balau, Penawar, Kota Tinggi hari ini.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Abdul Rahim Abd Rani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.01 tengah hari.

Menurutnya, lima anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

Katanya, mangsa dikenali R Raju, 44, lemas ketika menyelamatkan dua ahli keluarga iaitu P Arun, 29, dan T Bavani, 38.

“Hubungan antara mangsa dan ahli keluarga itu masih belum dikenal pasti.

“Sekumpulan pelancong yang berada di tempat kejadian membantu membawa mangsa ke darat.

“Pegawai perubatan yang tiba ke lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: June 5, 2019 @ 3:41pm
d