mutakhir

Nasib baik sempat lari...

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

EMPAT sekeluarga sempat menyelamatkan diri apabila kediaman mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Taman Jaya, Kampung Cherang Ruku, dekat Pasir Puteh, hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, empat sekeluarga itu terus keluar dari rumah mereka selepas melihat api marak.

Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1 tengah hari.

“Seramai 12 anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik sampai api sudah marak membakar sebuah rumah separuh kekal.

“Api berjaya dikawal dalam masa 10 minit dan empat penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri sebaik melihat api membakar kediaman mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Disiarkan pada: June 5, 2019 @ 7:05pm
d