mutakhir

Dua maut, dua parah kereta terbabas

Oleh Hasbi Sidek

DUA maut, dua parah selepas kereta dinaiki terbabas dan merempuh tiang jejambat di Lebuhraya Mahameru, Kuala Lumpur 7 malam tadi.

Sumber Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan 7.09 malam.

“PGO Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 dan menghantar jentera Fire Rescue Tender (FRT) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul diketuai Othman Abu Bakar bersama enam anggota.

“Setibanya di lokasi 7.19 malam, kemalangan jalan raya membabitkan Perodua Kenari terbabas dan melanggar tiang jejambat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, terdapat empat mangsa wanita dalam kereta itu dengan dua daripada mereka berusia 40-an maut manakala dua lagi berusia 20-an parah.

“Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Disiarkan pada: June 7, 2019 @ 9:34pm
d