mutakhir

Lapan kereta hangus

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

LAPAN kereta hangus dalam kebakaran di kawasan parkir bengkel di Jalan Maharajalela, di Teluk Intan, hari ini.

Difahamkan, kebakaran itu berlaku pada 5.10 pagi dan setakat ini punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd Azroisan Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.16 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dengan bantuan enam anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan digerakkan ke lokasi untuk bantuan lanjut.

“Kebakaran membabitkan lapan kereta pelbagai jenis musnah terbakar 90 peratus, namun tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian ini.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya sebelum operasi tamat pada 6.25 pagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Disiarkan pada: June 11, 2019 @ 11:22am
d