mutakhir

'Saya tak tau apa pun...'

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

“SAYA tidak tau apa pun, saya baru dengar,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu penyebaran video ‘intim’ mirip seorang menteri, hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak mengetahui mengenai penyebaran beberapa keping gambar dan video ‘intim’ berkenaan malah baru mendengar mengenainya hari ini.

“Kalau you (awak) boleh bagi briefing (taklimat), baguslah juga,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Bil.3/2019 Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penyebaran gambar dan video melalui satu kumpulan WhatsApp yang diberi nama ‘Jemputan Hari Raya’ awal pagi tadi.

Turut disebarkan beberapa video menunjukkan hubungan seks songsang dua lelaki dengan seorang mirip wajah seorang menteri.

Disiarkan pada: June 11, 2019 @ 2:17pm
d