mutakhir

[UPDATE] 'Terima kasih Dr Nur Amalina'

Oleh Mohamad Hussin

RAKYAT negara ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Nur Amalina Che Bakri dan pasukannya yang berjaya melakukan pembedahan membuang ketumbuhan pada mulut Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap Germ Cell Tumour di sebuah hospital di London, semalam.

Instagram (IG) Dr Nur Amalina mendapat lebih 200,000 tanda suka dan lebih 12,000 komen selepas pembedahan bayi sembilan bulan itu dijalankan.

Pemilik IG dikenali fazleenfazel mengucapkan ‘alhamdulillah dan tahniah’ kepada Dr Nur Amalina dan pasukannya.

“Saya bangga dengan awak, syukur dapat kembalikan senyuman ibu ayah Ainul.

“Semoga Ainul terus sihat. Tabik kepada rakyat Malaysia kerana anda Ainul dilahirkan semula dengan senyuman,” katanya.

Ucapan sama turut dinyatakan pemilik IG dikenali drshaairanasir berkata, ‘Kerja yang menakjubkan. Tidak sabar untuk melihat kemajuan dan perkembangannya dari sekarang’.

Tidak ketinggalan beberapa selebriti turut menyatakan ucapan antaranya penyanyi dangdut yang juga penyampai radio Haiza, haizahanafi menzahirkan ucapan terima kasih.

Pelakon catrionabrianross mengucapkan ‘Alhamdulillah... bagus Dr Amalina dan pasukan’ serta pelakon ainina_ahmad b mengucapkan ‘alhamdulillah’.

Pemilik IG dikenali sebagai aziemah_nawawi berkata, ‘sejujurnya aku suka betul setiap kali Dr Amalina pakai uniform kerja, nampak cantik, manis dan sangat profesional.

Zaitunsurianizam mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pasukan UK, Prof Dunaway, Dr Ong dan Dr Amalina untuk kerja yang cemerlang dan teladan.

“Kami sangat berterima kasih atas apa yang anda lakukan kepada bayi Ainul Mardhiah dan ibu bapanya”.

Bagi altynahetty dalam ruangan komen berkata, dia bersyukur dan menangis membacanya.

“... nafas tersekat-sekat sebak... semoga adik ainul terus sihat ye sayang,” tulisnya.

Harian Metro melaporkan ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik diketuai Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Julian Ong yang juga seorang daripada empat pakar perubatan yang terbabit dalam pembedahan itu, berkata ‘misi’ membuang ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan berjalan lancar.

  • Lagi berita berkaitan Ainul Mardhiah
  • Disiarkan pada: June 12, 2019 @ 12:27pm
    d