mutakhir

Cuba bunuh diri, bakar arang dalam kereta

Oleh Garret Dawum

LELAKI yang cuba membunuh diri di dalam kereta berjaya diselamatkan ahli keluarganya dalam kejadian di sebuah pusat komersial di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching kelmarin.

Sumber berkata, keluarga mangsa mencurigai sesuatu selepas mangsa gagal dihubungi.

“Keluarga mangsa terus mencarinya dan menjumpai kereta mangsa yang diletakkan di tempat letak kereta pada 2.30 petang.

“Ahli keluarga menemui mangsa berada dalam kereta berkunci dalam keadaan lemah.

“Mereka juga menjumpai arang yang dibakar dipercayai digunakan dalam cubaan bunuh diri,” katanya.

Menurut sumber, keluarga mangsa cuba membuka pintu kereta namun tidak berjaya sehingga terpaksa mendapatkan bantuan polis.

“Anggota polis yang tiba di lokasi bertindak memecahkan cermin belakang kereta mangsa dan terus menyelamatkan mangsa.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan ambulans Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, mangsa dilaporkan menerima rawatan di Zon Merah Jabatan Kecemasan HUS dan kini sudah stabil.

Disiarkan pada: June 15, 2019 @ 6:53pm
d