mutakhir

Tawaran matrikulasi, rayuan diumum esok

Oleh Siti A’isyah Sukaimi

KEPUTUSAN tawaran baharu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan rayuan mengikuti Program Matrikulasi Sesi 2019/2020 akan diumumkan 12 tengah hari, esok.

Menerusi kenyataan Kementerian Pendidikan, hari ini pelajar yang sudah membuat permohonan dan juga pernah mengemukakan rayuan sebelum ini boleh menyemak keputusan berkenaan.

Katanya, keputusan itu boleh disemak dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan iaitu di www.moe.gov.my.

Sebelum ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mei lalu bersetuju untuk menawarkan tempat kepada pelajar cemerlang lepasan SPM tahun 2018 daripada golongan B40 untuk mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Sesi 2019/2020.

Disiarkan pada: June 16, 2019 @ 12:32pm
d