mutakhir

Denggi turun, HFMD naik

Oleh BERNAMA

JUMLAH kes demam denggi di pulau bebas cukai ini menurun sejak bulan lalu. Bagaimanapun, kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) mencatatkan peningkatan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, sebanyak 28 kes denggi dilaporkan sepanjang enam bulan ini didapati menurun 38 peratus berbanding 36 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

“Bagaimanapun kes HFMD pula meningkat kepada lebih 900 kes tetapi keadaannya terkawal.

“Dalam enam bulan pertama tahun lalu, sebanyak 246 kes HFMD direkodkan dengan kurang daripada 10 tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak diarahkan tutup,” katanya.

Dr Ismuni berkata, peningkatan penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak disebabkan faktor lazim iaitu cuti sekolah panjang yang boleh disimpulkan sebagai HFMD yang diimport.

“Jabatan sudah mengeluarkan peringatan kepada tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak untuk sentiasa berjaga-jaga terhadap kemungkinan wabak,” katanya.

Mengenai kes denggi, Dr Ismuni berkata, Labuan adalah antara daerah yang berjaya mengawal wabak itu dengan penurunan kes secara drastik.

Disiarkan pada: June 16, 2019 @ 7:08pm
d