mutakhir

Ainul dah tak perlu bantuan oksigen lagi

Oleh Redzuan Muharam

“ALHAMDULILLAH, Ainul sudah tidak perlukan bantuan oksigen. Sekarang Ainul boleh bernafas sendiri, ” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa kepada Ainul Mardhiah menerusi hantaran terkini di Facebook, hari ini.

Perkongsian mengenai perkembangan bayi sembilan bulan itu sehingga kini mendapat lebih 12,000 tanda suka dan dikongsi hampir 600 pengikut Ahmad Safiuddin, setakat 9.45 malam ini.

Terdahulu, Ahmad Safiuddin memuat naik hantaran bagi menjelaskan risiko besar dihadapi sebelum anaknya menjalani pembedahan di London.

Hantaran itu dibuat bagi mempertahankan tindakannya dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24 berikutan tuduhan tidak berasas pihak tertentu.

Dalam hantaran berasingan, Ahmad Safiuddin mengucapkan terima kasih kepada semua termasuk doktor dan rakyat Malaysia yang menghulurkan sumbangan serta mendoakan kesembuhan anaknya.

Isnin lalu, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di hospital di London.

Pembedahan yang mengambil masa selama lima itu dijalankan sepasukan pakar diketuai Profesor David Dunaway.

  • Lagi berita berkaitan Ainul Mardhiah
  • Disiarkan pada: June 16, 2019 @ 9:52pm
    d