mutakhir

DUN Kelantan ucap takziah

Oleh Muhamaad Razis Ismail

PERSIDANGAN Dewan Undangan Negara (DUN) Kelantan hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang meninggal dunia dalam mahkamah, semalam.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub turut meminta semua hadirin sedekah bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

“Kita dimaklumkan Mohamed Morsi meninggal dunia di mahkamah semalam.

“Morsi adalah pemimpin Islam dan dewan (DUN) mengambil peluang untuk ucapkan takziah kepada keluarganya, rakyat Mesir dan masyarakat serta penggerak Islam seluruh dunia diatas kehilangan besar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum memulakan persidangan DUN Kelantan pada hari kedua, di Kompleks Kota Darul Naim, di Kota Bharu, hari ini.

Menurut laporan itu, Morsi, 67, pengsan selepas satu sesi mahkamah dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Mursi tokoh tertinggi dalam Ikhwanul Muslimin digulingkan tentera Mesir pada 2013 berikutan tunjuk perasaan membantah pemerintahannya selepas setahun beliau menjadi presiden.

Disiarkan pada: June 18, 2019 @ 10:42am
d