mutakhir

3 dicekup bersama heroin

Oleh Farah Suhaidah Othman

POLIS menahan dua lelaki dan seorang wanita selepas pemeriksaan di sebuah rumah di Taman Rapat di Ipoh, semalam, menemui dadah dipercayai heroin seberat 905 gram dianggarkan bernilai RM45,250.

Serbuan dijalankan 10.45 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu menahan ketiga-tiga suspek berusia lingkungan usia 28 hingga 53 tahun.

Ketua JSJN negeri, Asisten Komisioner VR Ravi Chandran berkata, hasil pemeriksaan dijalankan menemui dadah dipercayai heroin seberat 905 gram yang ditemui dalam sebuah bilik di premis berkenaan.

Katanya, dalam serbuan itu polis turut menyita sebuah kereta dan motosikal dianggarkan bernilai RM18,0000.

“Semakan mendapati suspek lelaki pertama mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan dadah, manakala suspek wanita mempunyai satu rekod jenayah membabitkan kes sama.

“Kedua-dua suspek berkenaan tidak mempunyai pekerjaan, manakala seorang lagi suspek lelaki bekerja sebagai pengawal keselamatan,” katanya dalam kenyataannya di Ipoh, hari ini.

Ravi Chandran berkata, ketiga-tiga suspek direman enam hari bermula hari ini hingga Rabu ini untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Disiarkan pada: June 21, 2019 @ 8:28pm
d