mutakhir

Rompak emas RM500,000 [METROTV]

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

KEDAI emas dalam pasar raya di Batu 16 di Rawang, dirompak empat lelaki dipercayai bersenjatakan pistol dan tukul besi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 3.59 petang.

Menurutnya, ketika kejadian, ada kakitangan wanita di premis terbabit, selain seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas dengan bersenjatakan cota.

“Empat suspek memakai topi keledar tutup muka penuh, jaket lengan panjang dan bersarung tangan dengan bersenjatakan pistol serta tukul besi dilihat memasuki premis berkenaan.

“Suspek kemudian memecahkan cermin pameran sebelum melarikan barang kemas berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Samsorberkata, kejadian itu menyebabkan kedai emas terbabit mengalami kerugian dianggarkan RM500,000.

“Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang giat dijalankan termasuk mengenal pasti identiti suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata,” katanya.

Disiarkan pada: June 21, 2019 @ 9:00pm
d