mutakhir

6 kampung dilanda ribut

Oleh Safuri Kamarudin

ENAM kampung dilanda ribut di daerah Baling, semalam.

Antara kampung yang terjejas Kampung Parit Panjang, Rambong Kupang, Sadik, Sungai Tembak A, Gua Reban dan Banggol Berangan.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM),Mohd Faizol Ab Aziz berkata, hujan lebat dan ribut pada 6 petang menyebabkan banyak pokok yang tumbang dan tiga rumah ditimpa pokok.

Beliau berkata, selain itu pergerakan lalu lintas turut dihalang di beberapa jalan utama turut akibat pokok tumbang.

“Syukur walaupun banyak pokok tumbang sehingga menimpa rumah tetapi tidak ada kemalangan yang berlaku, ” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Faizol berkata, 10 anggota dikerah untuk membantu memotong pokok tumbang dan membersih kawasan.

“Kita mengambil tindakan segera memotong dahan kayu yang menghalang jalan bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.

“Setakat ini kerja-kerja memotong dahan kayu berjalan lancar, ” katanya.

Foto ihsan APM

Disiarkan pada: June 23, 2019 @ 10:18am
d