mutakhir

Azmin serah kepada peguam

Oleh Hairulazim Mahmud dan Nabil Basarudin

MENTERI Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya berikutan cabaran saman oleh Ketua AMK Cabang Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Haziq yang mengaku sebagai pelaku dalam klip video seks songsang sebelum ini mencabar Mohamed Azmin mengheretnya ke mahkamah berikutan dakwaannya membabitkan Timbalan Presiden PKR itu.

“Ikutlah apa yang peguam kata,” katanya kepada media beliau kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-20 (AOGC 2019) di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengulas reaksi peguamnya N Surendran berikutan cabaran Haziq itu.

Surendran berkata, pihaknya tidak bertindak atau respons terhadap cabaran untuk mendapatkan perhatian sedemikian.

Sebaliknya, katanya, semua maklum balas undang-undang dilakukan berdasarkan kesesuaian, mengikut jadual waktu mereka dan bukannya pihak lain.

Pada 12 Jun lalu, Haziq menggemparkan negara dengan mengaku sebagai pelaku dalam klip video seks sejenis di sebuah hotel di Sandakan.

Disiarkan pada: June 24, 2019 @ 12:20pm
d