mutakhir

Megat letak jawatan sebab masalah kesihatan - PM

Oleh Hairulazim Mahmud

“BELIAU letak jawatan sebab masalah kesihatan,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri yang mengulas mengenai peletakan jawatan Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor pagi tadi berkata, bekas Pengerusi FELDA itu pernah menyatakan hasrat berbuat demikian sebelum ini.

Sehubungan itu, kerajaan bersetuju melepaskan Megat Zaharuddin berkuat kuasa 30 Jun ini.

“Beliau kata, tidak sihat sebab itu minta dilepaskan, kita bersetuju,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-33 bertajuk “New Malaysia in A Changing Regional Order” di Kuala Lumpur, hari ini.

Megat Zaharuddin dilantik sebagai Pengerusi pada 26 Julai 2018 dan telah berkhidmat hampir setahun di FELDA.

Agensi itu dalam kenyataan berkata Pengerusi baharu bakal diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Berita berkaitan

Megat Zaharuddin letak jawatan Pengerusi FELDA

Disiarkan pada: June 25, 2019 @ 11:42am
d