mutakhir

Abang bomba tangkap ikan keli

Oleh Siraj Mohd Zaini

HANYA kerana ikan keli menyengat kucing peliharaannya sehingga mati, wanita menghubungi bomba untuk menangkap ikan itu hari ini.

Dalam kejadian 7 pagi tadi di sebuah kediaman di Jalan Pulau Indah, Shah Alam, wanita berusia 49 tahun itu menghubungi bilik kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengadu hal berkenaan.

Jurucakap JBPM Selangor berkata, pihaknya sudah menerangkan kepada wanita itu ia bukan kes kecemasan yang memerlukan tindakan bomba.

“Wanita itu mempertikaikan jika bukan bomba yang buat, siapa sepatutnya melakukan tugas itu.

“Ketika kejadian hanya wanita dan anak lelakinya saja di rumah,” katanya.

Katanya, petugas bilik kawalan kemudiannya memaklumkan kepada pusat gerakan operasi dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik untuk menangkap ikan berkenaan.

“Ikan terbabit berjaya ditangkap dan kini disimpan di balai bomba,” katanya.

Disiarkan pada: June 25, 2019 @ 3:22pm
d