mutakhir

6 jam tahan sakit

Oleh Siti Rohana Idris

KANAK-kanak lelaki berusia empat tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira enam jam selepas cincin tersangkut di jari manis tangan kirinya, hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku 7 pagi sebelum dan dia terpaksa dibawa ke Hospital Tumpat pada tengah hari untuk rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya terima panggilan pada 1.45 tengah hari sebelum empat anggota dikejarkan ke hospital.

“Sebaik tiba, kita mendapati jari mangsa sudah bengkak. Mangsa terpaksa disuntik dengan ubat bius kerana dikhuatiri menyakitkan tangannya ketika cincin dipotong.

“Kita mengambil selama masa 20 minit untuk memotong cincin itu dengan menggunakan peralatan khas.

“Kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pihaknya sentiasa bersedia memberikan khidmat dalam apa juga situasi yang diperlukan.

“Khidmat kami bukan sekadar memadamkan kebakaran dan terbabit dalam kemalangan jalan raya saja, tetapi turut dihubungi untuk khidmat khas seumpama ini,” katanya.

Disiarkan pada: June 25, 2019 @ 7:22pm
d