mutakhir

4 parah pelantar runtuh

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

EMPAT pekerja binaan warga Bangladesh parah selepas pelantar bangunan dalam proses pembinaan di Jalan Wangsa Delima 8 di Kuala Lumpur runtuh, hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9 malam tadi.

“Seramai 12 anggota bersama tiga ambulans dikerahkan ke lokasi kejadian dan sebaik tiba didapati empat pekerja terbabit yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an cedera dihempap batu.

“Difahamkan pelantar bangunan terbabit runtuh menyebabkan empat mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri sebelum dihempap batu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, keempat-empat mangsa mengalami kecederaan di badan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menggunakan ambulans APM untuk rawatan lanjut.

Disiarkan pada: June 25, 2019 @ 10:51pm
d