mutakhir

Pindaan umur pengundi dibentang bulan depan

Oleh Mohd Roji Kawi

Kuching: Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan warga negara berumur 18 tahun layak mengundi akan dibentangkan di Parlimen, bulan depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata, beliau difahamkan usul itu dijangka dibaca pada persidangan 4 Julai ini.

“Kita bersama-sama menunggu hasil pembentangan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Program Pendidikan Pengundi di Politeknik Kuching, di sini, semalam.

Usul untuk menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun dijangka akan dibentangkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Disiarkan pada: June 26, 2019 @ 12:08pm
d