mutakhir

200 saman hasil aduan WhatsApp

Oleh Ramli Ibrahim

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan merekodkan 200 saman hasil laporan awam menerusi aplikasi WhatsApp sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Pengarah JPJ negeri Mahasan Mustapa berkata, pihaknya akan terus membuka talian aplikasi WhatsApp menggunakan nombor 0134498997 bagi membolehkan orang ramai melaporkan kesalahan lalu lintas dilakukan pengguna jalan raya.

“Perkembangan ini membuktikan ramai dalam kalangan pengguna yang mengambil berat dan peka mengenai peraturan lalu lintas ditetapkan,” katanya selepas mengetuai ketika Op Bersepadu di JPJ Mentara, Gua Musang, hari ini.

Op Bersepadu selama dua jam bermula pagi turut membabitkan penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Mahasan berkata, aduan kesalahan paling banyak diterima adalah melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar dan menggunakan lorong kecemasan.

“Aduan diterima diuruskan Ibu pejabat JPJ Kuala Lumpur, bagi kami langkah diambil amat berkesan dalam mendidik pengguna jalan raya,” katanya.

Disiarkan pada: June 26, 2019 @ 4:35pm
d