mutakhir

Gangguan bekalan air bermula 9 malam ini

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

BEBERAPA kawasan di Selangor akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 9 malam ini selepas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mengesan berlakunya pencemaran di Sungai Semenyih.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, susulan pencemaran bau di Sungai Semenyih yang menjadi sumber bekalan air mentah, Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sungai Semenyih) terpaksa dihenti tugas.

Katanya, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dengan kerjasama beberapa agensi sedang mengenal pasti punca pencemaran berkenaan.

“Buat masa ini beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air termasuk tekanan air rendah.

“Gangguan akan bermula pada jam 9 malam ini dan Pengurusan Air Selangor kini sedang berusaha mengatasi masalah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Raof berkata, Pengurusan Air Selangor akan mengemaskini maklumat terkini termasuk senarai kawasan yang akan mengalami gangguan air.

Katanya, maklumat serta status terkini gangguan bekalan air itu boleh disemak menerusi laman sesawang www.syabas.com.my atau menerusi aplikasi Air Selangor.

Disiarkan pada: June 26, 2019 @ 8:29pm
d