mutakhir

Nasib baik tak hangus

Oleh Zuliaty Zulkiffli

TIGA rumah di Taman Bandar Baharu, Sungai Lalang, Sungai Petani berjaya diselamatkan daripada musnah dalam kebakaran 5 petang hari ini.

Satu daripada rumah berkenaan musnah 60 peratus manakala dua lagi hanya terbakar di bahagian bumbung.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.08 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nordin Arshah bersama 25 anggota dibantu BBP Sungai Petani dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bakar Arang dan Bedong tiba di lokasi pada 5.21 petang.

“Setibanya di lokasi didapati tiga rumah terbabit sedang terbakar sebelum api berjaya dikawal pada 5.41 petang.

“Tiada mangsa terbabit dalam kebakaran itu dan setakat ini, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Disiarkan pada: June 27, 2019 @ 8:09pm
d